16 Apr 2021

, ,

Pukul ‘Bodyguard’ Sebab Puasa, Aktiviti Haram Majikan Terbongkar, 100kg Emas & Wang RM28.25 Juta Dirampas

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi
Hari ini nak share news yang mengempakkan seluruh Malaysia

Seramai lima individu termasuk majikan yang membelasah dan mengugut bunuh dua ‘bodyguard’ kerana berpuasa dipercayai giat menjalankan aktiviti pinjaman wang secara haram dan perjudian online.

Artikel Berkaitan: Ahli Perniagaan Belasah, Ugut Bunuh Pekerja Berpuasa Ditahan Polis

Artikel Berkaitan: Ahli Perniagaan Pukul, Ugut Bunuh Pekerja Direman Sehingga Sabtu

Lebih mengejutkan apabila pihak polis berjaya merampas 100kg jongkong emas dan wang berjumlah hampir RM28.25 juta.

Sindiket haram terbongkar

Memetik laporan Sinar Harian, aktiviti sindiket haram itu terbongkar selepas pihak polis melakukan serbuan dan menjalankan siasatan ke atas kesemua suspek. Malaysiagazzete melaporkan, syarikat yang menjalankan sindiket haram itu dipercayai merupakan milik suspek utama iaitu ahli perniagaan yang dikenali dengan nama Chueng berusia 43 tahun.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, pihaknya juga telah menemui sebanyak 100 kilogram jongkong emas di rumah salah seorang suspek yang terletak di Bukit Tinggi. Bukan itu sahaja, mereka turut menemui dua rotan yang disyaki digunakan suspek untuk ‘membelasah’ dua orang bodyguard tersebut.

Kita juga merampas 12,500 keping not kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM28.25juta.

Kita juga merampas sepucuk pistol bersama 10 butir peluru yang di bawah kawalan salah seorang mangsa dan merupakan kepunyaan milik sebuah syarikat kawalan keselamatan.

Menurut sumber, kes ini disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 298, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 5 (2) Akta pemberi pinjam wang 1951.

Sumber: Sinar HarianMalaysiagezette

 AnumDarters

Share:
Read More

15 Apr 2021

,

Kisah mengenai semut

Kisah mengenai semut
Masa jahil dahulu, nampak semut jek saya akan ambil spray racun serangga, spray semua biar mati. (Astaghfirullah al Adzim)

Itu dulu....dulu sangat2.
Ketika zaman jahil. Ketika hati saya begitu kurangnya sifat Rahmah dan ikhsan.
Rezeki saya , diberi peluang terus menimba ilmu yang bermanfaat sehingga menjuruskan saya lebih memahami.
( Alhamdulillah)

Ketika sedang menyiapkan hidangan untuk anak2. Setitis adunan kuih jatuh ke atas " table top". Cepat sahaja semut2 datang menjamahnya. Rasa seronok mereka sudi berkongsi sedikit rezeki dari Allah ini.

Beri mereka ( semut2) peluang menikmati makanan tersebut sambil membaca surah ini..

يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari";
Surah An Naml 27:18

Membaca berulang kali sampai mereka berlalu pergi.

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?"
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Nabi SAW melarang membunuh 4 binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah 
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Seronokkan jika kita ada sedikit ilmu, kita amalkan dan kita harap Allah sudi pandang dan terima amalan kita.

Untuk mendapatkan ilmu, perlu berkorban waktu , melazimi majlis ilmu, dekat dengan para ulama, para guru dan jangan pernah berputus asa utk berusaha membersihkan hati kita agar mudah menerima ilmu.

Yukk rajin ke majlis ilmu!!!

Moga Allah limpahkan hikmah dan rahmah ke dalam jiwa kita semua.

Aamiin 🌹
#anumdarters 
Share:
Read More

14 Apr 2021

,

Ramadhan Day 2

Assalamualaikum & Selamat Pagi
Salam 2 Ramadhan
"Barangsiapa membiasakan diri untuk beristighfar, Allah akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap kesulitan"
#anumdarters 
Share:
Read More

8 Apr 2021

,

Selamat Pagi Khamis

Jangan hanya mahu dihargai, tapi lupa cara untuk menghargai, Jangan hanya punya kecantikan diri, tapi tidak pernah tahu untuk menjaga hati 

🌸🌸🌸

Setuju?
#anumdarters 
Share:
Read More

7 Apr 2021

, , ,

Nah, Ini Sebabnya Kenapa Setiap Rumah Kena Ada 3 Produk Yang Bermanfaat!

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi semua, hari ini nak share produk yang sangat berkualiti yang wajib ada dalam rumah ya.. meh korang tgk apa yang best 

Rumah merupakan tempat yang paling utama untuk setiap orang berlindung, berehat dan tenangkan fikiran. Sebab itulah sangat penting untuk memastikan rumah kita sentiasa selesa dan bersih. Barulah senang hati dan lapang je rasa fikiran.

Dalam misi untuk memastikan rakyat Malaysia dapat meningkatkan kualiti hidup mereka, baru-baru ini Coway telah melancarkan 3 produk baharu iaitu Penulen Air Coway GLAZE, Penulen Udara LOMBOK III dan Tilam PRIME Series Super Single yang bukan saja dapat memberi kebaikan buat seisi rumah, malah bergaya dan berpatutan!

1. Penulen Air Coway GLAZE 

Dilengkapi dengan ciri-ciri menarik yang boleh mengekalkan kesegaran air berpanjangan, penulen air Coway Glaze ni memang unik kerana ia dilengkapi dengan 3 suhu air yang berbeza iaitu ambien (2.5 liter), sejuk (2.5 liter) dan panas (1.5 liter) serta mempunyai kapasiti tangki keseluruhan sehingga 6 liter!

Yang lebih menarik, ia juga mempunyai fungsi Cold Water+ yang membolehkan air berada pada suhu yang sejuk dalam masa yang panjang. Ini kerana, tangki air sejuk dan tangki air ambien diasing kepada dua tangki. Senang betul nak bancuh air bila ada tetamu datang, tak payah letak ketul ais pun!

Bukan itu saja, Coway GLAZE juga mempunyai ciri one touch extraction, di mana ia boleh mengekstrak air bersih berdasarkan suhu dan isipadu pilihan korang dengan hanya satu sentuhan mudah. Manakala, kalau korang nak isi air pula, tak perlu nak pegang cawan atau botol air dan tunggu lama untuk air penuh diisi, cuma hanya perlu tekan lama butang dan tentukan isipadu air pilihan korang sama ada 120ml, 250ml, atau 500ml untuk aliran air yang berterusan.

Yang pastinya, Coway sentiasa memastikan bahawa air yang ditapisnya adalah selamat dan bersih untuk diminum, sebab itulah Coway GLAZE direka dengan beberapa lapisan penapis, termasuk Coway’s Reverse Osmosis (RO) Membrane Filter, yang dapat menyingkirkan virus, bakteria, dan membuang semua bahan yang tidak bersih.

Coway GLAZE juga tersedia dalam Eco Mode, dimana ia secara automatik dapat mengurangkan frekuensi operasi motor dan pemanas ketika berada di persekitaran gelap untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Yang paling penting, ia juga dilengkapi dengan Child Safety Lock untuk melindungi anak-anak kecil korang daripada terkena air panas.

Penapis Air Coway GLAZE CHP-6310L:
Harga Penuh: RM3,900 termasuk servis satu tahun PERCUMA
Harga Sewaan: RM119/sebulan termasuk servis lima tahun PERCUMA

2. Penulen Udara Coway LOMBOK III

Buat korang yang ada masalah alahan, resdung ataupun mempunyai kucing, kena ada satu penulen udara Coway LOMBOK III ni di rumah! Admin pun ada satu, memang sejak menggunakan Coway LOMBOK III ni, alahan bulu kucing admin dah berkurangan sangat! Reka bentuknya yang moden pula, memang ngam untuk korang yang sukakan gaya minimalis.

Direka dengan teknologi canggih terbaru, Coway LOMBOK III membolehkan korang memilih tetapan pilihan dengan sentuhan lembut dan dilengkapi dengan pengendalian tiga tahap kelajuan yang akan menyesuaikan kelajuan kipas mengikut keperluan korang.

Ia juga mempunyai enam penapis yang berbeza, termasuklah penapis plasma RBD yang berupaya untuk mensteril udara serta menangkap gas berbahaya, alergen dan bahan pencemaran yang tak dapat dilihat oleh mata kasar. Ia juga mempunyai enam langkah penapisan dan ioniser yang dapat menghilangkan oksigen aktif serta elektrik statik dari udara.

Oh, yang lebih penting, korang tak perlu risau tentang bil eletrik melambung kerana Coway LOMBOK III ini menggunakan kecekapan tenaga kecil iaitu 0.0816kWh dalam Mod Auto, dengan anggaran bil elektrik RM0.53 sahaja setiap bulan. Best kan?

Penulen Udara Coway LOMBOK III:
Harga Penuh: RM3,490 termasuk servis satu tahun PERCUMA
Harga Sewaan: RM109/sebulan termasuk servis lima tahun PERCUMA

3. Tilam Coway PRIME Series Super Single

Tak pernahlah kita dengar tilam berkualiti premium boleh disewa, lengkap dengan servis penjagaan pulak tu!

Haa..Tilam Coway PRIME Series ni memang istimewa kerana ia dilengkapi dengan bahan berkualiti tinggi, termasuklah busa memori, lateks, serat kelapa dan five-zone pocket spring yang dapat menyokong tulang belakang korang, sekaligus memberi keselesaan dan pengalaman tidur yang lebih lena untuk pelbagai lapisan umur. 

Tilam Coway PRIME Series mempunyai saiz King, Queen dan Super Single yang direka sempurna untuk pelbagai bentuk badan dan berat serta semua jenis posisi tidur. Kalau posisi tidur korang jenis terlentang, korang boleh pilih Coway Firm, manakala bagi yang suka tidur mengiring, Coway Soft adalah pilihan yang lebih sesuai untuk korang!

Oh ya, ia juga disertakan dengan topper yang boleh ditukar untuk memastikan ia berada dalam tahap kebersihan yang optimum dan sentiasa dalam keadaan yang baik. 

Yang lebih menarik, tilam ini juga datang dengan pakej perkhidmatan profesional yang merangkumi 7 langkah penjagaan tilam, termasuklah pengukuran tahap debu tempat tidur, perbersihan tilam dan kerangka katil, penyemburan anti hama dan debu, pensterilan UV, dan pembasmian kuman.

Tilam Coway PRIME Series Super Single :
Harga Penuh: RM5,380 (tilam) atau RM7,080 (tilam dan kerangka katil). Termasuk servis satu tahun PERCUMA
Harga Sewaan: RM129/sebulan (tilam) or RM159/sebulan (tilam dan kerangka katil). Termasuk servis lima tahun PERCUMA

Apa tunggu lagi, jom dapatkan produk dari Coway hari ini juga!

Tetap Hebat Bersama dan tingkatkan gaya hidup kita dengan produk Coway yang bermanfaat. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Coway. 

Share:
Read More